Kadangkala aku terfikir betapa seronoknya melihat kanak-kanak seusia amir mampu berkata-kata dan memahami apa yg berlaku disekelilingnya. Tapi tidak bg amir. Seolah-olahnya hidup amir dilingkungi oleh dinding yg amat sukar utk ditembusi. Ikutkan hati aku sudah tidak mampu lg utk menanggungnya. Seperti aku sudah putus harapan utk melihat keajaiban itu berlaku pada amir. Perasaan menyesal seringkali menyelubungi diriku setiap kali aku memarahi anak-anak terutama amir. Apa dosa mereka, apa salah mereka. Mereka hanyalah kanak-kanak yg ingin meneroka akan erti sebuah kehidupan. Aku seringkali cuba mengelakkan dari memarahi haris dan juga amir tetapi aku tidak mampu. Beban yg aku tanggung x termampu ku pikul sendirian. Jauh dari suami dan keluarga, semua ini menambah tekanan kepadaku. Hanya pada Yang Maha Esa aku bermohon agar dikuatkan semangat utk aku menghadapinya.
Airmata sememangnya menjadi teman setia hidupku. Dan terkadang aku menjadi benci dengan diriku sendiri kerana lemah dalam menghadapi dugaan.
No comments:
Post a Comment